Friday, October 21, 2011

Be Original

Hai, assalamualaikum people! Mood tengah up nak update blog ni ;) Harap anda-anda semua sudilah baca coretan saya yang tidak berapa sedap ni. Tadi saya ada melawat blog Heliza Helmi Hijab. Ingatkan harga dia okey, sekali bukak, pergh, selendang chiffon je pun. Tapi harga? RM150. Fuh, tak tertelan nasi dengar harga tu. Hahaha. Tapi standard lah kot. Maybe kain dia bukan chiffon biasa. Well, hampa jenguk dak lagi blog Zahiril Adzim? Blog dia antara blog kegemaran saya. Kenapa? Sebab bahasa dia macam cool gila dan ringkas dan memang sedap bila di baca. 


K, Be Original. Apa maksud saya dengan tajuk tu? Saya nak khabarkan sikit. Bukanlah saya ni bajet atau perasan ke apa. But seriously, saya tak suka kepada orang yang palsu. Fake. Yeah, FAKE. Ada dua fake di sini. 


Yang pertama, physical fakeness. Saya taktaulah betul ke tak ini yang dipanggil physical fakeness. Saja letak. Lol. Contoh: operate hidung kasi mancung. Oh please. Bagi yang Islam, memang dah sah-sah hukumnya haram dan berdosa kecuali ada syarat-syarat yang membenarkan seseorang tu buat operation anggota badan dia. Fakeness ni memang saya menyampah habis. Contoh macam lelaki nak jadi perempuan dan perempuan nak jadi lelaki. Hello? Di mana otak kalian semua? Adakah kalian masih tidak bersyukur dengan apa yang Tuhan dah kurniakan pada kalian semua? Kalau dah lelaki tu, tak mungkin dapat jadi perempuan. Dan sebaliknya. Sanggup kalian habiskan beratus-ratus ribu ringgit semata-mata untuk pembedahan yang tak membawa apa makna ni? Tak pernah ke kalian fikir untuk dermakan atau gunakan wang kalian tu dengan benda-benda yang berfaedah? Saya cuma nak cakap, just be yourself. Jangan pernah ubah apa sahaja yang Tuhan dah kurniakan kepada kita. Tak kisahlah kita gelap, gemuk, pendek, tinggi, rendah, lawa, hodoh, kacak, kurus. Tuhan itu Maha Adil. Just be grateful of everything that you have now. 'Cause you may regret it when it's gone. :')


Yang kedua, mentally fakeness. Haha, macam weird gila. Entah betul ke tak dipanggil mentally fakeness. Kalau salah, maafkan saya. Maksud saya, mentally fakeness tu lebih terjurus ke arah perangai. Kita semua ada kawan. Ada yang punya banyak kawan. Ada yang punya sebilangan kecil kawan. Tidak kisahlah berapa banyak pun kawan yang anda punya, semuanya pasti punya perangai yang berbeda. Kan? Perangai mereka mungkin menyenangkan kita dan mungkin sekali menyakitkan kita. Kan? Tak semua perangai yang kawan anda tunjukkan itu merupakan perangai sebenar dirinya. Kita tak tahu. Mungkin dia mengekek ketawa di hadapan semua orang. Tapi dalam hatinya, siapa yang tahu? Saya bukanlah membenci perangai sebegitu. Saya faham kerana saya yakin semua orang pernah mengalaminya termasuk saya. Saya kurang selesa dengan orang yang mungkin pada sebenarnya dia berperwatakan kasar namun berubah menjadi lembut. Saya faham mungkin dia ingin berubah ke arah kebaikan. Tetapi, suaranya, gayanya yang melebih-lebih membuatkan saya muak. Ya, saya tidak suka kepada orang yang melebih-lebih dalam apa sahaja yang dilakukannya. Hidup biarlah bersederhana. Ingin saya beritahu, saya lebih suka kepada orang yang menjadi dirinya yang sebenar. Dan bukanlah menjadi seorang makhluk Tuhan yang penh dengan kepura-puraan. Hodoh. Bukanlah bererti anda seorang yang kasar, tiada seorang pun yang ingin menjadi teman anda. Itu satu tanggapan yang salah.


Saya mohon, maafkan saya jika saya membuat kesalahan sepanjang penaipan saya ini. Saya hanyalah manusia yang penuh dengan kekhilafan. Saya tahu, saya tidak berhak untuk membenci mahupun mengadili sesiapa. Saya hanya ingin berkongsi. Mungkin ada yang mengatakan saya perasan. I mean like, whatever 'cause I don't give a !&*_&^. Maaf dan maaf lagi. :) 


Cheers, assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment