Wednesday, November 9, 2011

Di antara kebodohan dan pengorbanan

Hi dan assalamualaikum. 


Aku (maaf, saya pakai aku) baru lepas tengok video baru MatLuthfi yang bertajuk rant on cinta. Hmm, aku suka video dia yang ni. Oh, aku bukan nak komen pasal video dia. Since aku dah tak ada idea nak berblogging, tiba-tiba aku dapat idea from video MatLuthfi tu. Terima kasih MatLuthfi. Cuba hampa hayati balik lirik lagu Forteen - Berdua Bersatu. "Lagu ni obviously dia nak tunjuk aa yang dia sanggup lakukan apa saja untuk awek dia." Itu ayat MatLuthfi. Memang betul pun. Dan, dia ada cakap pasal kebodohan dan pengorbanan.

Bila aku ulang balik, baru aku faham apehal dia cakap kebodohan dan pengorbanan. Bagi aku lagu Berdua Bersatu dengan lagu Grenade lebih kurang. Lagu tu nak sampaikan yang hero tu sanggup buat apa saja untuk perempuan tu. Macam Grenade. "Awat yang hang loser sangat? Dah dia takmau kat hang, yang hang dok kejaq dia lagi buat apa? Hang tak boleh terima kenyataan ka?" Like seriously, I love the sentences! Syabas MatLuthfi ;D Bila aku fikir balik, a'ah lah. Betul. There's no point hang nak kejaq dia, sanggup potong tangan everything sampai mengancam nyawa hang semata-mata hanya untuk seorang perempuan/lelaki yang sememangnya hang dah tau sejak dari zaman dahulukala dia takkan suka, cinta dan sayang dekat hang. I mean like hang nak tunggu dia sampai dia dah bercucu cicit baru hang nak stop in love dengan dia? Oh come on. Aku habaq serious, aku bukanlah jenis orang yang sanggup tunggu cinta dia sampai 1000 tahun macam dalam lagu Imran Ajmain tu. Oh pleaseeee. 


Ya, aku rasa apa yang lelaki tu cuba buat berdasarkan lirik lagu Grenade memang tak berbaloi. Dan bodoh bengap. 'Cinta memerlukan pengorbanan'. Kadang-kadang boleh diguna pakai jugak slogan tu. Slogan eh? Ah, persetankan saja. Tapi, takkan hang sanggup berkorban sampai boleh dikatakan apa yang hang buat tu semua bodoh-bodoh belaka? 


Yang dekat Tuhan hang tak sanggup pulak berkorban? Sapa yang lagi besaq? Tuhan atau gf/bf hang tu? Kalau hang sanggup berkorban apa sahaja demi Tuhan, takpalah hang nak berkorban kat gf/bf hang pun. Tapi jangan sampai jadi bodoh. Bagi aku, kadang-kadang cinta tu memang kejam. Hahaha, gelaklah. Aku tau apalah sangat budak umuq 14 tahun nak cakap pasal cinta kan? Persetankan. Aku just nak bagi opinion aku. So what? Cinta tu kejam sebab dia membutakan orang yang terlibat dengan cinta ni! Cinta ni sangat berpengaruh. Seriously.





Jadi, wahai pencinta-pencinta, teruskan dengan cintamu tapi jangan sampai melebihi cintamu kepada Allah dan Rasulullah dan jangan membuatkan cintamu menjadi bodoh. Jangan biarkan cinta menguasai dirimu. Sekian.





Wassalam. 

1 comment: