Sunday, December 4, 2011

Ombak Rindu

Assalamualaikum! :D


Excited doee nak update blog. Hehe, aku bukanlah saja taknak update tapi aku pun takda idea. Soo, hari ni gua nak citeww arr siket an lol apa benda aku ni. Hari ni, pada post ni aku nak cerita sikit pasal filem yang hangatlah kann buat masa ni iaitu jeng jeng jeng *roll drumsss* OMBAK RINDU! 




Semalam pergi tengok Ombak Rindu dengan ibu, maklang semua. Well, ramai cakap best kan. Dekat Twitter, Facebook semua cakap best bagai. Mula-mula nak tengok pukul 4 punya, then seat penuhh. Tinggal yang depan sekali. Takkan aku duduk punyalahh. Last-last ambik pukul 7. Tu pun dah ramai yang booked. Bila dah masuk wayang tu, pergh. Memang ramai gilaa. Full. 


Hmm, bagi aku Ombak Rindu ni memang terbaik laa. Menitis jugaklah air mata aku ni. Tapi tulah kan. Depa terpaksa cut scene-scene lain sebab wayang memang terhad untuk 2 hours aje. Kalau tak mesti best gilaaaaaaaaa! Ada jugak kan part lawak dalam filem ni. Kalau bukan budak-budak laki belakang seat aku tu, rasanya aku pun tak gelak. Hahahaa. Aku seronok dengaq budak-budak laki tu dok komen macam-macam. Hahahaha. 


Maya Karin memang the bestlah wa cakap sama lu. Confirm next year menang anugerah punyaa. Aaron Aziz tu wa tabik masa dia menangislah kann. Hehehe. Lisa? Aku rasa dia comel gilalah dalam filem ni. Hahahaha. Yang the boys dekat belakang aku tu duk cakap "Uish, kembang hidung habihh." Yelah kan dia tengah marah. Memang terbaiklah semua pelakon dia. Sinematografi (ewahh) pun cantik. Lagu dia yang buat aku tak tahan tu. 



Masa part ni ahh. Ada sorang budak ni buat lawak pulak. Tiba-tiba dia cakap punya kuat "Oh My God" Hahahahaha aku memang gelak gilaa. The boys yang kat belakang aku tu lagilah kan. 


Part ni yang paling sentap bila Aaron maki Maya. Uuu, sedih wa cakap sama lu. Anyws, memang aku sarankan hampa pi lah tengok. Memang cun filem ni! Confirm menang anugerah!
For this film, aku kasi 7.5/10 Kalau dia dapat cover satu novel tu memang 10/10 gua kasi. =D 

Assalamualaikum. 


No comments:

Post a Comment